Monday, January 17, 2011

:: Japanese Cheese Kek ::


salam buat semua....akceli resepi ni dah lama aku peram kat file aku nih...
lagipun bahan2 nak wat kek nih ado, aku bikinlah ini kek...
takut kepingan cheese ni akan expired so terjadilah 
Japanese Cheese Kek nih...
fuhhhh....rasa ke cheesesanya bila masuk mulut.....sedapppp
apa2 pun tima kasih empunye resepi nih...
aku amik kat kongsi resepi....terangkatlah beb....
mehlah jenguk resepinyer laks....

Bahan2nyer
  • 4-5 keping cheddar cheese
  • 200 ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 70 gm gula halus
  • 70 gm tepung kek
  • 70 gm mentega 
Cara2nyer
  • Koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dengan 200 ml susu segar. Masak dengan api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter, tutup api.
  • Asingkan telur putih dan merah. Pukul putih telur dengan gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Kemudian pukul merah telur hingga kembang, masukkan dalam adunan cz tadi (1).
  • Masukkan tepung sedkit demi sedkit, kacau perlahan. Sekiranya berketul boleh ditapis.  Kemudian masukkan adunan meringue tadi dan kaup balikkan adunan. Tuang adunan dalam loyang.
  • Letak loyang dalam bekas yang telah diisi air panas. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan 20 minit pada suhu 170c selama 20 minit, kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40 minit.
** teknik membakar bain marie atau steam bath sebab cheese sangat lembut dan mudah terbakar.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails