Saturday, January 15, 2011

:: Puding Koktail Sos Kastard ::


Assalamualaikum WBT...kembali bersiaran di hujung minggu ni....
kali ni aku cuba buat Puding Koktail...
elok juga buat manisan tuk minum petang nih...
lagipun tekak ni asyik nak benda sejuk walaupun ada batuk2 sikit nih...
tp ubatlah kot makan benda2 sejuk nih....hehhehehe
mehlah jenguk resepi nih ek...
tenkiu pada empunya resepi....
sedappppp......




Puding Koktail Sos Kastard
source : jintanmanis.com


Bahan2nyer


  • 4 gm serbuk agar-agar
  • 1 tin kecil coctail fruits
  • 300 ml susu segar (aku guna susu sejat)
  • 200 ml air + syrup dalam tin coctail fruits
  • 4 sb gula
  • 1 sb tepung kastard (dibancuh dulu dgn sedikit air)


Untuk Sos Kastard
  • 1 sb tepung kastard (dibancuh dulu dengan air)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 2 sb gula


Cara2nyer
  • Potong buah campuran kecil-kecil dan ketepikan. Kemudian serbuk agar-agar dibancuh dengan 2 sb air, selepas itu masukkan di dalam periuk bersama susu, air + syrup dalam tin coctail fruits, kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan pula buah coctail, gula, bancuhan tepung kastard dan kacau selalu sehingga agak pekat. Akhir sekali curahkan puding di dalam acuan dan sejukkan pada suhu bilik baru masukkan dalam peti ais.
  • Buat kuah kastard, masukkan semua bahan sos kastard di dalam periuk dan kacau sebati, kacau sehingga sos menjadi berkilat dan pekat, jika terlalu pekat boleh juga tambahkan sedikit air. Ambil puding coctail tadi letaklah dalam piring, curahkan sos kastard atasnya. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba...!!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails