Friday, July 22, 2011

Mengapa orang putih tidak suka kuih kita

ihsan google

Apakah masalah bahasa jadi punca makanan kita tidak diterima orang luar?
Katakan kita mahu hantar kuih-muih kita ke Eropah atau Amerika, pada bungkusan produk, dalam bahasa apa kita mahu tulis nama kuih itu?

Jika kita guna bahasa Inggeris bagi cucur badak, apakah kita boleh tulis fried rhino? ‘Jump and stab’ bagi lompat tikam, ‘ducks’ shit’ (tahi itik), ‘elephants’ ear’ (telinga gajah atau kuih tiram) dan ‘soaking hippo’ (badak berendam)?
Kastam di sana tentu garu kepala dan menyangka kita hantar barang larangan. Ini juga pasti akan menebalkan lagi prasangka konon kita bangsa Asia yang beragama Islam ini orangnya ganas lagi pengotor. Itu belum lagi batang buruk.

Jika semua nama kuih seindah ‘bathing princess’ (puteri mandi), tak mengapalah tetapi mungkin pula kita dianggap pelucah. 

Kalau kuih cucur balak, bayangkan jika pada kotak itu kita tulis ‘fried timber’. Mungkin akan ada yang sangka kita daripada keturunan gergasi pemakan pokok.

Macam penjual apam balik di tengah-tengah Kuala Lumpur boleh mengiakan bahawa masalah bahasa punca makanan kita sukar diterima oleh orang putih."Go back’ apam!”

sumber : kosmo

1 comment:

  1. salam tuan tanah, ini bukan artikel drp Kosmo ya. Artikel ni pernah disiarkan dalam Sinar Harian. Saya penulisnya, Muhammad Mat Yakim. Harap maklum.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails