Sunday, July 31, 2011

~ Selamat Berpuasa ~


Pejam celik, celik pejam, bukak mata je, hari ni last kita bersuka ria untuk makan di siang hari. 
sok dah start puasa. so sok pagi pun bermula lah jugak bangun sahur. . . .

Lafaz niat



Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.






Lafaz lengkap:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.





Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



"Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak"

Saturday, July 23, 2011

~ Virus @ FB ~


VIRUS FACEBOOK terbaru menggunakan akaun fb rakan anda yg dh selamat digodam :P. Penggodam akan hantar email atau chat seperti ini :[hi. how are u?] 

jika anda balas, dia akan hantar :[wanna laugh?

dan seterusnya jika anda masih membalas 

:[i see ur picture on this video, wanna see it?

dan apabila anda terus membalas chat atau email ini, anda akan terperangkap. 

jadi... TOLONG JANGAN REPLY chat atau email tersebut.


**sebelum aku tahu benda nih, mmg aku pernah terima chat cam gini, tp aku x reply. . . .sib baek



Friday, July 22, 2011

~ Floria 2011 ~

ni aku publish citer minggu lepas nih. . . . 
citer bab p Floria ngan member opis . . . . 
seronok kalau p ghamai2 nih. . . macam style posing leh watnyer. . . . 
aku x nak citer banyak, tengok jerlah gambar2 nyer ea. . . . 

semua ayu2 jer......
























Mengapa orang putih tidak suka kuih kita

ihsan google

Apakah masalah bahasa jadi punca makanan kita tidak diterima orang luar?
Katakan kita mahu hantar kuih-muih kita ke Eropah atau Amerika, pada bungkusan produk, dalam bahasa apa kita mahu tulis nama kuih itu?

Jika kita guna bahasa Inggeris bagi cucur badak, apakah kita boleh tulis fried rhino? ‘Jump and stab’ bagi lompat tikam, ‘ducks’ shit’ (tahi itik), ‘elephants’ ear’ (telinga gajah atau kuih tiram) dan ‘soaking hippo’ (badak berendam)?
Kastam di sana tentu garu kepala dan menyangka kita hantar barang larangan. Ini juga pasti akan menebalkan lagi prasangka konon kita bangsa Asia yang beragama Islam ini orangnya ganas lagi pengotor. Itu belum lagi batang buruk.

Jika semua nama kuih seindah ‘bathing princess’ (puteri mandi), tak mengapalah tetapi mungkin pula kita dianggap pelucah. 

Kalau kuih cucur balak, bayangkan jika pada kotak itu kita tulis ‘fried timber’. Mungkin akan ada yang sangka kita daripada keturunan gergasi pemakan pokok.

Macam penjual apam balik di tengah-tengah Kuala Lumpur boleh mengiakan bahawa masalah bahasa punca makanan kita sukar diterima oleh orang putih."Go back’ apam!”

sumber : kosmo

Sunday, July 17, 2011

: . .Tak Sangka. . :

TAHNIAH!
Anda memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 2-tiket Cruise Tasik Putrajaya bagi Program Kesedaran Alam Sekitar dan Apreasiasi Ekologi Tasik dan Wetland Putrajaya sempena Floria. Puan diminta hadir ke Booth Pameran kami di hadapan monumen alaf baru untuk mengambil tiket tersebut dan berjumpa dengan Nurliyana, Perbadanan Putrajaya.

Wahhhhhh.....tak sangka aku memenangi cabutan bertuah . . . . 
rasanya nilah 1st time aku memenangi hadiah . . .  .akhirnyerrrrr
excited pun ada ni. . . . . .
so semalam aku p lah tuntut tiketnyer. . . . .  .hehehehehehe

pada jumaat 15/07/2011, aku n the geng dok isi borang tuk cabutan bertuah. . . . 

diaorg kata kena amik gambar tuk wat report . . . . 
hahahahah. . . . aku malu2 nih. . . .

bagi penerangan, katanya naik yang kat masjid putra tuh cz ni tiket harga RM30, lama sikit naiknya, 
klu yang monumen nih sekejap jer jalan2nyer cz harga tiket tuh RM 15. . .

ni ler tiketnyer. . . . valid sampai 11 sept . . . .
kena naik cepat gaks ni, cz dh nk masuk bln posa. . .  .

Cruise Tasik Putrajaya. . . . tunggu aku yerrrr. . . .. .  






Sunday, July 3, 2011

: . .Donut Marbeles @ J.CO . . :


Petang semalam aku ke Giant Kota Damansara semata2 nak p J.CO . . . . 
sebenarnya masih terasa kelembutan donutnyer yang begitu smooth bila dingap. . . . 
bersulam dengan air Cappucino Ice Jelly. . . . 
klu kita beli air kat sini dapat free 1 Glazzy Donut. . . . aku suka Glazzy Donut. . . . .

aku beli sedozen donut. . . . 
klu ada 2 jenis donut yang sama tuh, makna yang jd feveretlah tuh. . . . . . 
Alcapone n Snow White

Choco hustle ngan Donna Italiano

Jom p J.CO Donut & Coffee

Saturday, July 2, 2011

~ Juara Imam Muda ~


Imam Muda Musim ke-2 sudah melabuhkan tirainya malam tadi. . . 
Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul sama-sama hebat sama berilmu.
Tahniah kepada Imam Muda Hassan dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul Musim ke-2, yang mewarisi tahta Iman Muda Ashraff pada musim pertama. 
Semoga dengan kehadiran pemuda-pemuda berilmu sebegini dapat memacu negara kita sebagai
 Negara Islam sebenar. .. . .  


Friday, July 1, 2011

~ Siapa Juara Imam Muda ~


Memang sukar untuk membuat pilihan antara pensyarah sebuah kolej swasta, Mohd. Hassan Adli Yahaya @ Yahuza atau Hassan, 26, dengan Nazrul Izwan Zolkiflee atauNazrul, 26, seorang guru besar, siapa yang bakal meraih gelaran 
Imam Muda Unggul.


Malam ini siapa bakal di nobatkan sebagai juara Imam Muda musim kedua bakal terjawab. Diantara Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazarul siapa pilihan anda.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails