Monday, January 10, 2011

:: Pretzel Lembut ::


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.....
kali ni aku postkan semalam punya tuk minum petang... "pretzel"...
ni pertama kali aku wat cz bab2 tang roti & uli menguli ni aku x berapa pandai sgt...
tengoklah tuh, pretzel tang aku wat besar gedabok...
x macam kat "Auntie Annie's"...
tapi boleh dikatakan menjadi jugaklah ni, lembut...hehehehhe


meh layan resepi tuk "Pretzel" nih....

Bahan2nyer
Doh:-
  • 11/4 cawan air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sb gula
  • 1 sk garam
  • 1/8 sk lada sulah
  • 31/2 cawan tepug berprotein tinggi(tepung roti)
  • 1 sb yis
Glaze:-
  • 1/2 biji putih telur + 1/2 sb air
  • topping :- bijan (optional)


Cara2nyer
  • Masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam bekas ataupun kalau ada breadmaker, ikut arahan mesin masing2 utk buat doh.
  • Bila doh siap, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik sedikit jadi sapu sedikit tepung pada tangan untuk membentuk bola)
  • Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, keluarkan adunan dan letak atas papan yang ditabur tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkan saiz pretzel yg lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian membentuk seperti tali berukuran 60cm (kalau 16 bhg, panjangnya 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (iaitu tidak stretch lagi).
  • Ikat setiap satu dengan ikatan pretzel yang longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dengan campuran putih telur, serta taurkan bijan. Biarkan naik lagi dalam 30minit.
  • Bakar dalam oven (yg dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180c, selama 15-20 minit. Selepas siap dibakar, sapukan atasnya sedikit mentega supaya kelihatan berkilat.

menurut empunya resepi nih, 
pretzel ni lembut walaupun disimpan dalam bekas tuk dimakan sok hari...



** ni aku leh wat bekal g opis...ehheheheh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails