Sunday, May 9, 2010

MoThER's DaY

 
Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu.
Terutama sekali kepada ibu aku 
Zubaidah Bt Chik,
kerana bersusah payah menyara dan mendidik aku bersama adik-adik aku...sehingga menjadi seperti sekarang.
Engkaulah Permata dan Ratu hatiku.
Dan juga kepada mak mentua aku 
Normah Bt Hitam,
kerana dapat menerima aku seadanya..

Orang kata aku lahir dari perut ma...
(bukan orang kata...memang betul pun)
Bila dahaga, yang susukan aku...ma
Bila lapar, yang suapkan aku...ma
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...ma
Kata ma, perkataan pertama yang aku sebut...ma
Bila nakal, yang memarahi aku...ma
Bila merajuk, yang memujukku cuma...ma
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...ma
Aku selalu teringatkan...ma
Bila sedih, aku mesti telefon...ma
Bila seronok, orang pertama aku nak bagitahu...ma
Yang selalu masak makanan kegemaran aku...ma

Kalau balik kampung,
Yang selalu bekalkan lauk-pauk...ma
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...ma
Yang selalu berleter kat aku...ma
Yang selalu puji aku...ma
Yang selalu nasihat aku...ma
Bila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...ma
Hargailah ibu kita selagi masih ada...
MA....saya sayang ma......

Zubaidah Bt Chik

Normah Bt Hitam

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails