Thursday, December 1, 2011

~ Cara mudah untuk elak lesu masa bangun tidur ~

Apa kata anda cuba amalkan tips mudah seperti dibawah ini. Mungkin ianya berkesan untuk mengelakkan perasaan lesu, terutamanya masa bangun tidur.


  1. Sebelum masuk tidur, bersihkan tubuh terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki
  2. Cuba seboleh mungkin untuk tidak tidur lewat malam
  3. Lakukan gerak badan dan senaman ringan di atas katil setelah anda jaga dari tidur sebelum turun dari katil (sit up ker, regangan badan ker…dan lain-lain)
  4. Minumlah segelas air masak sebelum tidur dan segelas lagi sejurus selepas bangun tidur (minum dulu air sebelum gosok gigi)
  5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam sebelum anda mandi
  6. Ambil wuduk dan solat Subuh (yang lelaki, sila pergi solat berjemaah di masjid @ surau)
  7. Cuba pasang bacaan ayat suci al-Quran atau lagu nasyid kegemaran anda pada waktu pagi
  8. Selepas bangun  tidur, buka tingkap dan lihat pokok-pokok hijau di luar rumah
  9. Baca doa sejurus bangun dari tidur…fahami maksud doa dan cuba hayati maksudnya semasa anda baca doa tersebut
  10. Niatkan dalam hati…anda akan menjadi seorang yang ceria dan terbaik hari ini




InsyaAllah, kalau anda boleh amalkan tips-tips di atas, anda akan rasa lebih bersemangat dan ceria sokmo.
(sumber : http://pakarhowto.com)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails