semalam masa lunch hour, aku n the geng p lah tgk apa ada kt
Karnival Usahawan Desa (KUD) yg diadakan di
Laman 1Malaysia Presint 2. . . . .
waktu rehat ari jumaatlah leh g jln2 lama sikt pun , yelah waktu rehatnya panjang. . . .
jalan2 punya jalan, last sekali ternampaklah santan kelapa sawit ni. . . .
masa tuh member aku beli cendol santan kelapa sawit. . ..
cubalah rasa. . . .ermmmm. . . sedap n lemak rasanya. . .
aku n the geng pun belilah santan ni utk cuba dalam masakan laks. . . .
Keistimewaan Santan Kelapa Sawit
- Ia tidak meningkatkan kadar kandungan kolesterol LDL (tidak baik) dalam badan yang sekali gus tidak menjejaskan jantung, berbeza dengan santan kelapa yang boleh meningkatkan kandungan LDL yang tinggi dan mengurangkan HDL yang diperlukan oleh badan.
- Lemak tak tepu yang ada pada santan sawit seperti palmitik (C16:0) dan oleik (C18:1) tidak menggalakkan pembentukan mendakan kolesterol pada dinding arteri. Kandungan asik laurik dalam santan kelapa adalah sebanyak 49.1 peratus berbanding santan sawit yang hanya 0.25 peratus saja. Malah asid miristik dalam santan kelapa adalah 18.4 peratus, manakala santan sawit sebanyak 1 peratus saja.
- santan sawit kaya dengan vitamin A dan E semula jadi yang baik untuk kesihatan, terutama bagi penglihatan, mengelakkan proses penuaan, penyakit jantung dan baik untuk kulit.
- Dari segi penyimpanan, santan kelapa mempunyai jangka hayat yang rendah, iaitu kurang daripada lima jam dalam suhu bilik, manakala santan sawit boleh bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau dan warna serta rasa kerana mengandungi asid lemak berangkai panjang (C-IU) ke atas. Ia tidak mudah basi, walaupun dibiarkan dalam suhu bilik selama dua hari (30-33 darjah Celsius ) dan boleh bertahan selama tiga bulan jika disimpan dalam peti sejuk dengan suhu lima darjah Celsius.
No comments:
Post a Comment