Sunday, November 13, 2011

: . .Nasi Beriani Kambing. . :


Tengahari semalam 1st time aku buat beriani kambing. .. 
dengan berlaukan kambing + daging. . . .
lgpun aku x makan kambing, tu yg buat sikit daging utk aku lah.. . . .hehehhe

dalca sayur

ni resepi untuk beriani kambing, layannnn
Bahan2nyer
  • daging kambing/daging/ayam
  • bawang merah (dihiris)
  • sos tomato
  • sos cili
  • tomato puri
  • buah tomato (belah 4)
  • santan/susu cair
  • kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
  • daun ketumbar
  • daun pudina

Bahan kisar
  • bawang merah
  • bawang putih
  • rempah beriani
  • cili kering
  • halia
  • cili merah dan cili hijau

Cara2nyer
  • Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bawang merah yang dihiris hingga keperangan.
  • Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan pula daging kambing, sos tomato, sos cili, tomato puri dan santan. Masak sampai empuk dagingnyer. Selepas itu bolehlah dimasukkan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, dan akhir sekali bolehlah dimasukkan daun pudina dan daun ketumbar.
beriani kambing baru jer masak. . . . 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails