Friday, May 6, 2011

Cara Membuat Telur Berbentuk Hati


Aku terjumpa satu blog nih wat telur yang berbentuk hati. . . . . 
so kreatif. . . . . .
Memang korang boleh cuba sendiri kat rumah.
Mana la tahu, adik beradik nak kawen nanti, boleh tunjuk bakat ke.ngeh3. . . .  .
meh tengok cara2nyer yerk. . . . . 


Barang-barang yang diperlukan :
  • Telur yang telah direbus dan dikupas kulitnya
  • Kadboard yang akan keras
  • Chopstick (digalakan yang berbentuk silinder)
  • Getah (Rubber Band)
 
Cara-cara membuatnya :
  • Kerat/potong kadboard dan lipatkannya. Pastikan kedua-dua bahagian sama besar dan saiz kadboard dapat menampung saiz telur.
  • Semasa telur masih lagi suam-suam, kupas kulitnya dan letakkan ditengah-tengah kadboard yang telah dipotong tadi & letakkan chopstik ditengah-tengah bahagian telur.
 
  • Seterusnya, ikat kedua-dua hujung kadboard dan chopstik bersama-sama menggunakan getang gelang.
  •  Pastikan chopstik ditekan pada telur tersebut.

  • Tinggalkan telur tersebut semalam beberapa minit sehingga telur itu sejuk. Korang boleh juga menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan dan mengeraskannya.
  • Apabila korang rasakan telur tu sudah agak sejuk, buka ikatan getah gelang pada kadboard dan chopstik. Telur tersebut mestilah berkeadaan seperti gambar dibawah.
  •  Potong telur tersebut mengikut kreativiti korang. So, sekarang korang dah boleh buat makanan untuk raja sehari (pengantin). Tahniah.

  • ini lah hasinlnyer. . . . kreatif bukan. . . . . .? ? ? ? 

sumber : http://www.annathered.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails