Friday, April 1, 2011

Ustaz Amirul & Maharaja Lawak

mlm ni akan aku melekatlah depan tv cz nk tengok episod akhir 
Ustaz Amirul & episod pertama Maharaja Lawak. . . .
walaupun minggu lepas aku terlepas nak tengok citer Ustaz Amirul,
malam nnt akan ku ngadap tv jer lah mlm ni. . . .  
walaweeehhhhhh. . . . .biasalah remote sentiasa ditanganku. . . . . . . hahahahahaha (◕‿-)

sinopsis Ustaz Amirul

Ustaz Amirul mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri.
Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu.
Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.
Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul.
Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah Ustaz Amirul yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.
Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.
Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu.

serba sedikit tentang Maharaja Lawak
Kalau rasa Raja Lawak sudah boleh pecahkan perut korang, kini bersiap sedia untuk pecahkan usus korang sekali kerana Jumaat ini jam 10 malam Astro Warna dan Astro Prima (hanya untuk 2 episod pertama) bakal menayangkan rancangan Maharaja Lawak. Siapakah peserta dalam Maharaja Lawak ini? Pesertanya tak lain tak bukan Top 3 finalis Raja Lawak daripada musim pertama sehingga musim ke 5.


Antara nama besar dalam program Maharaja Lawak ini ialah Johan dan Zizan yang akan bergabung menjadi satu kumpulan iaitu Jozan. Sudah tentu Jozan menjadi team favourite untuk merangkul kejuaraan Maharaja Lawak ini. Tapi perlu diingatkan juga saingan daripada Nabil dan kumpulan Sepah. Kesimpulannya semua hebat-hebat belaka. Memang pecah usus dan pundi kencing dibuatnya.
Maharaja Lawak akan bermula Jumaat ini (1 April 2011) di Astro Warna dan Astro Prima. Astro Prima hanya akan menayangkan 2 episod terawal sahaja. Kalau nak tengok episod ketiga dan seterusnya, sila langgan Astro Warna.
Antara peserta2 Maharaja Lawak ialah

Alex
Amir
Kumpulan Balas
Jihan
Man
Kumpulan Wai (Kecik dan Idlan)
Sepah
Kumpulan Jambu (Yus dan Tauke)
Kumpulan XN3
Kumpulan R2
Nabil
Kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)


Pilihan aku peserta yang akan dinobatkan sebagai Maharaja Lawak sudah semestinya Jozan.
 Siapa pula pilihan anda????. . . 
 ❀  ❀

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails