Friday, April 8, 2011

Telur Tiruan

PEGAWAI penguatkuasa KPDNKK Pulau Pinang memeriksa telur ayam di Pasar Pulau Tikus hari ini berikutan pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar itu semalam. Sebanyak 270 butir telur ayam dari tiga gerai di pasar berkenan disita dalam pemeriksaan itu. - Foto BERNAMA

 Kelihatan isi telurnya bila di pecahkan saling tak tumpah yang asli.
Cuma puteh telur agak cair dan lebih berkilat dari yang asli.

Cara mengenal telur tiruan:
  • Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  • Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  • Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  • Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  • Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  • Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  • Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  • Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
  • Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.
  • Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
  • Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.
 
 Telur tiruan dibuat dari calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan bahan kimia lain
 
Kalsium klorida dan  pewarna dimasukkan kedalam 2/3 bekas acuan berbentuk bulat, maka terbentuklah satu lapisan pada telur kuning tersebut. Pigmen kuning ditambah menjadikan ia telur kuning yang sempurna


Sama seperti penghasilan telur kuning di atas, proses pembuatan telur putih ini menggunakan acuan yang lebih besar dan bujur (sebelah kiri). Hanya 1/3 sahaja telur putih yang dibentuk kerana telur kuning yang dihasilkan terlebih dahulu akan dimasukkan kedalam telur putih (1/3 + 1/2 = 1). Pembentukan telur akan terhasil selepas satu jam setelah dibasuh dengan air. Telur kini terbentuk dan bersedia menerima 'kulit telur'
 
Dengan menggunakan benang jahitan, garisan akan dibuat di permukaan telur putih yang telah dihasilkan tadi,  proses ini dilakukan di dalam campuran kalsium karbonat dan lilin parafin untuk membentuk lapisan nipis kulit telur. Garisan yang dibuat adalah bertujuan memastikan bahan kimia bereaksi dengan putih telur tersebut. Kemudiaanya ia akan dibiarkan kering seketika dgn dibasuh dengan air sejuk. Proses ini diulang beberapa kali untuk mendapatkan kulit telur pada ketebalan yang bersesuaian. 


Kulit telur ayam tiruan adalah lebih mudah pecah berbanding telur ayam asli
 
Jika digoreng, banyak buih (bubbles) terbentuk berbanding telur ayam asli.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails