Monday, April 4, 2011

Shaheizy Sam pilihan paling popular

 Shaheizy Sam Samad dan Lisa Surihani Popular memenangi anugerah Filem Pelakon dan Pelakon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di Genting Highlands kelmarin. Shaheizy Sam juga memenangi gelaran Artis Paling Popular

Pelakon utama filem Adnan Sempit dan Ngangkung, Shaheizy Sam mencipta sejarah apabila muncul pelakon lelaki ketiga dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, di sini malam tadi.

Shaheizy, 29, meraih 126,168 undi memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Shahir, Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.
Beliau turut memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM310,000, iaitu kenderaan Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, aksesori mutiara putih koleksi Primadona Klasik tajaan Rafflesia/Mandalay bernilai RM180,000 hadiah iringan dan trofi.

Lisa Surihani mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Faizal Tahir menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Yuna mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Kategori berkenaan sebelumnya disandang 13 kali oleh Datuk Siti Nurhaliza.


Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi kumpulan Sixth Sense, manakala Rabbani terus mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular buat kali kesembilan. Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Remy Ishak dan Fasha Sandha.


Juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir, memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala, Ana Raffali meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular. Pelakon drama, Norkhiriah pula buat kali ketiga mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.


Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana, dari stesen Hot FM. Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular. Aznil Nawawi berjaya mengekalkan gelaran Pengacara TV Lelaki Popular buat kali kesembilan.

Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian  2010

  • Bintang Paling Popular Shaheizy Sam

  • Anugerah Pencapaian Sepanjang HayatDatuk Rosnani Jamil

  • Penyanyi Lelaki Popular Faizal Tahir

  • Penyanyi Wanita Popular Yuna

  • Pelakon Filem Lelaki PopularShaheizy Sam

  • Pelakon Filem Wanita PopularLisa Surihani

  • Pelakon TV Lelaki Popular Remy Ishak

  • Pelakon TV Wanita PopularFasha Sandha

  • Penyanyi Berkumpulan/Duo PopularSixth Sense

  • Artis Nasyid PopularRabbani

  • Artis Komedi Lelaki Popular Zizan

  • Artis Komedi Wanita Popular Norkhiriah

  • Artis Baru Lelaki PopularShahir

  • Artis Baru Wanita PopularAna Raffali

  • Pengacara TV Lelaki Popular Aznil Nawawi

  • Pengacara TV Wanita PopularFara Fauzana

  • Penyampai Radio Lelaki PopularFaizal Ismail

  • Penyampai Radio Wanita Popular Fara Fauzana

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails