Monday, March 21, 2011

: : Muffin Cokelat : :


Ni 1st attempt aku wat muffin. . . .lgpun nampak resepi mudah n bahan2nyer ado,
so aku terfikirlah nak cuba wat muffin ni. . . .
pas tergodeh2 resepi ni kat tenet, jumpalah yang nih. . . .
sedaplah pulakkkk. . . . (angkat bakul sendiri jap) . . . .kahkahakahkah. . . . 
mehlah layan resepi nih. . . . .mohon izin yer empunya resepi nih.. . . . .
meletopppppppp. . . . . .



Bahan2nyer
  • 1/2 cawan mentega
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 11/4 cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 21/2 cawan tepung gandum
  • 1 s/k baking powder
  • 1 s/k soda bikarbonat
  • 3 s/b serbuk koko
  • 200 ml susu segar (vanila @ coklat)
  • sedikit coklat chip untuk hiasan


Cara2nyer
  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180C selama 15 minit
  • Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang dalam bekas adunan
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk koko dan baking powder perlu diayak bersama dan dicampur dalam adunan tadi.
  • Kemudian campurkan susu segar berselang seli dengan tepung hingga sebati
  • Paipkan adunan 3/4 ke dalam cup kertas dan letak sedikit coklat chip di atasnya
  • Siap untuk dibakar selama 20 minit.


Tips
  • Oven perlu dipanaskan dahulu supaya adunan kita boleh naik denga sempurna
  • Pukul adunan dengan menggunakan pemukul telur biasa (pemutar belon). Tak perlu guna mixer kerana adunan muffin berbeza dengan kek
  • Jangan guna minyak masak berkacang kerana ia memberi kesan pada muffin anda. Minyak jagung adalah yang terbaik.
  • Untuk dapatkan muffin yang rasa coklat sebenar, guna susu segar berperisa coklat.
  • Muffin yang dibakar hendaklah dipusing kedudukan pada setiap 10 minit supaya adunan masak dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails