Friday, September 24, 2010

~ Cara Berlauk ~



jeng...jeng..jeng.....
kali aku try wat kuih cara berlauk...
ni sebenornyer nak test acuan yang aku baru beli....ngeh2...
lagipun aku semalam aku berpuasa, so aku wat kuih cara ni cam makan ringan2 pas makan nasi....
sib baek jadik....
apa2 pun meh layan resepi kuih cara nih..
jom layan...

Bahan2nyer
untuk kuih cara

11/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan santan
sedikit garam dan sedikit pewarna kuning

untuk inti
daging cincang
1 biji bawang besar } dipotong dadu
2 s/b rempah kari daging
sedikit daun sup
sedikit cili merah } dihiris 
sedikit garam dan perasa


Cara2nyer
  1. Untuk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan dan garam kacau sehingga sebati. Jangan terlalu cair atau pekat.
  2. Untuk inti panaskan minyak, masukkan bawang goreng sehingga layu, selepas itu masukkan serbuk kari sehingga naik minyak. selepas itu masukkan daging dan biarkan masak seketika.
  3. Panaskan acuan kuih cara, masukkan doh kuih cara selepas itu masukkan intinyer dan taburkan daun sup dan cili tadi, selepas tutup dan biarkan sampai masak.
  4. Setelah siap bolehlah untuk disantap....

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails